JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

 

JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

 

 

  1. PENGENALAN

Perkhidmatan kerja sosial perubatan di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) bertujuan untuk memberikan bantuan psikososial kepada pesakit dan/ atau waris semasa proses rawatan dan pemulihan. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan/ atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) sebelum intervensi bantuan dilakukan. PKSP bertanggungjawab kepada semua disiplin klinikal di HSNZ. Contoh kes yang dikendalikan ialah kes pesakit akut dan kronik, kes penderaan dan pengabaian, kes pesakit terdampar (abandoned), pesakit Orang Kurang Upaya (OKU), kes remaja/ ibu hamil tanpa nikah dan kes-kes lain yang dirujuk untuk bantuan. PKSP membuat jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi pemberi bantuan iaitu organisasi kerajaan (GO), organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta untuk mempelbagaikan sumber bagi membantu pesakit yang memerlukan. Pengurusan kes pesakit adalah mengikut Garis Panduan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

  1. MISI

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

 

  1. VISI

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

 

  1. OBJEKTIF JABATAN

    i) Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa 
    proses rawatan dan pemulihan.

      ii) Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
     iii) Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan

 

  1. PERKHIDMATAN JABATAN

Perkhidmatan kerja sosial perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh pakar/ pegawai perubatan di HSNZ. PKSP berperanan sebagai liason officer dengan pelbagai agensi pemberi bantuan dalam menguruskan bantuan kepada pesakit. Perkhidmatan ini merangkumi:

 

  1. Pengurusan Bantuan Praktik:
  1. Bantuan Kewangan

Bantuan kewangan meliputi pembiayaan peralatan perubatan,peralatan rehabilitasi,rawatan,ubat dan bantuan am.

Penilaian dilakukan mengikut Garis Panduan Laporan Penilaian Sosioekonomi Pegawai Kerja Sosial Perubatan KKM.

Contoh agensi pemberi bantuan ialah Tabung Bantuan Perubatan (KKM), Tabung Darul Iman (TDI Terengganu), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan lain-lain agensi.
     ii. Penempatan Institusi

Intervensi bantuan penempatan institusi diberikan kepada pesakit terdampar (abandoned), kes yang memerlukan perlindungan (protection) dan yang memerlukan latihan serta pemulihan.
    iii. Mengesan Waris

Intervensi bantuan mengesan waris diberikan kepada pesakit yang tidak diketahui status dan maklumat waris atau penjaga bagi membolehkan rawatan serta proses discaj dijalankan
   
   b. Pengurusan BantuanTerapi Sokongan:

    i. Khidmat Perundingan.
    ii. Sokongan Emosi.
    iii. Intervensi Krisis.

Intervensi bantuan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes tertentu khususnya yang melibatkan isu perundangan seperti kes keganasan rumah tangga, ibu tanpa nikah, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, jenayah seksual dan lain-lain kes yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik. Agensi-agensi rujukan adalah seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),Jabatan Agama Negeri dan lain-lain agensi.

 

  1. WAKTU PERKHIDMATAN

 

HARI MASA
Ahad - Rabu

8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum TUTUP

 

CARTA ORGANISASI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GAMBAR

Print