FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Isnin, 24 Mei 2021
 

hospital kluster
 

Pengenalan

Projek Hospital Kluster Terengganu Utara (HKTU) merupakan gabungan dan integrasi hospital-hospital di Terengganu yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan.

HKTU melibatkan:

1.    Hospital Sultanah Nur Zahirah (lead hospital)

2.    Hospital Hulu Terengganu (non lead hospital)

3.    Hospital Besut (non lead hospital)

4.    Hospital Setiu (non lead hospital)

Objektif umum

Meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar dalam kluster.

Objektif khusus

1.    Perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar dalam kluster.

2.    Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pengamal perubatan.

3.    Menguatkan kepimpinan serta pengurusan sumber secara optimum dalam kluster.

4.    Menambahbaikkan kepuasan pelanggan.

Skop perkhidmatan

1.    Perubatan am (kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead  

       hospital ke non lead hospital)

2.    Pediatrik (kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital  

       ke non lead hospital)

3.    Kecemasan dan trauma

4.    Pembedahan am (pembedahan rawatan harian AVF)

5.    Oftalmologi (pembedahan rawatan harian katarak)

Faedah dan impak

1.    Kepuasan pelanggan

  • Kesamarataan perkhidmatan kesihatan berpakar di semua hospital

        dalam kluster.

  • Pembedahan rawatan harian (AVF/ Katarak) berdekatan dengan rumah.
  • Tempoh menunggu untuk pembedahan AVF dan katarak lebih singkat.
  • Keselesaan dan kepercayaan pesakit menerima rawatan kesihatan.

*pembedahan rawatan harian katarak disediakan di Hospital Setiu dan Hospital Besut, pembedahan rawatan harian AVF disediakan di Hospital Besut

2.    Kualiti perkhidmatan kesihatan

  • Mengurangkan kesesakan di wad perubatan am dan pediatrik di lead hospital.
  • Wad di non lead hospital diiktiraf sebagai wad tambahan (extension ward) lead hospital.
  • Pengamal perubatan yang mahir dan kompeten.
  • Meluaskan skop perkhidmatan kesihatan di hospital tanpa pakar dan seterusnya mengurangkan keperluan kes rujukan ke lead hospital.
  • Mengoptimumkan masa dan kos rawatan.

3.    Pengurusan sumber dan aset sedia ada.

  • Mengoptimumkan penggunaan bilik pembedahan di non lead hospital.
  • Meningkatkan penggunaan katil wad di non lead hospital.
  • Pengagihan semula sumber manusia.
  • Penjimatan kos terutama dari segi pengangkutan.

4.    Organisasi

  • Mengurangkan birokrasi
  • Meningkatkan piawaian proses kerja.
  • Integrasi sistem pengurusan pesakit dalam kluster.

5.    Kemahiran dan kompetensi

  • Rawatan berpakar untuk hospital bukan pakar.
  • Meningkatkan lawatan pakar dalam kluster.
  • Latihan berterusan kepada pengamal perubatan.

Moto

Right Care, Best Care, Accessible To All

 

Footnote:

Hospital pakar ialah hospital yang mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah

Hospital tanpa pakar ialah hospital yang tidak mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Perkhidmatan kesihatan berpakar ialah taraf perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar di hospital tanpa pakar dengan pantauan dan penyeliaan oleh pakar.

Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu di bawah program Hospital Kluster Terengganu Utara   

Lead hospital: Hospital utama yang mengetuai hospital lain dalam kluster. Lead hospital juga menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar ke hospital lain dalam kluster.

Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah

Non lead hospital: Hospital tambahan (extension hospital) dari lead hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Hospital Setiu, Hospital Besut

Print

ARKIB CME

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121
Faksimili: 09-6221820 / 09-6227139 
   

 

 

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

1.png1.png6.png3.png2.png8.png4.png
Hari Ini :384
Bulan Ini :15800