
|
Pengenalan |
Projek Hospital Kluster Terengganu Utara (HKTU) merupakan gabungan dan integrasi hospital-hospital di Terengganu yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan. HKTU melibatkan: 1. Hospital Sultanah Nur Zahirah (lead hospital) 2. Hospital Hulu Terengganu (non lead hospital) 3. Hospital Besut (non lead hospital) 4. Hospital Setiu (non lead hospital) |
|
Objektif umum |
Meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar dalam kluster. |
|
Objektif khusus |
1. Perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar dalam kluster. 2. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pengamal perubatan. 3. Menguatkan kepimpinan serta pengurusan sumber secara optimum dalam kluster. 4. Menambahbaikkan kepuasan pelanggan. |
|
Skop perkhidmatan |
1. Perubatan am (kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital ke non lead hospital) 2. Pediatrik (kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital ke non lead hospital) 3. Kecemasan dan trauma 4. Pembedahan am (pembedahan rawatan harian AVF) 5. Oftalmologi (pembedahan rawatan harian katarak) |
|
Faedah dan impak |
1. Kepuasan pelanggan
dalam kluster.
*pembedahan rawatan harian katarak disediakan di Hospital Setiu dan Hospital Besut, pembedahan rawatan harian AVF disediakan di Hospital Besut 2. Kualiti perkhidmatan kesihatan
3. Pengurusan sumber dan aset sedia ada.
4. Organisasi
5. Kemahiran dan kompetensi
|
|
Moto |
Right Care, Best Care, Accessible To All |
|
Footnote: Hospital pakar ialah hospital yang mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah Hospital tanpa pakar ialah hospital yang tidak mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Perkhidmatan kesihatan berpakar ialah taraf perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar di hospital tanpa pakar dengan pantauan dan penyeliaan oleh pakar. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu di bawah program Hospital Kluster Terengganu Utara Lead hospital: Hospital utama yang mengetuai hospital lain dalam kluster. Lead hospital juga menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar ke hospital lain dalam kluster. Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah Non lead hospital: Hospital tambahan (extension hospital) dari lead hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Hospital Setiu, Hospital Besut |






