Kempen Derma Darah Unit Kejururawatan HSNZ

KEMPEN DERMA DARAH

Kempen Derma Darah makin giat dijalankan. Semangat orang awam dan staf HSNZ untuk menderma darah tidak pernah putus. Kali ini Kempen Derma Darah bersama Unit Kejururawatan HSNZ akan dibuat.

Kempen tersebut akan berlangsung pada hari Khamis ( 7 Mac 2019 ) pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Lobi Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi HSNZ.

Khas untuk "HERO & HEROIN" makanan sedap dan minuman lazat akan disediakan. Hadiah menarik serta cenderahati juga turut diberikan.

Jom pakat-pakat maghi belake deh..

#Satu_Beg_Darah_Mampu_Selamatkan_Tiga_Nyawa

 

Print