Kempen Kesedaran Penggunaan Patient’s Own Medicines (POMs)

Kempen Kesedaran Penggunaan Patient’s Own Medicines (POMs)

 

Bawa ubat sedia ada (POMs) ke hospital; Perlu atau tidak?

Apa itu POMs? POMs adalah ubat-ubatan pesakit yang telah dipreskrib atau dibeli sendiri oleh pesakit dan dibawa ke hospital semasa memerlukan rawatan di wad.

Dengan kempen kesedaran POMs ini dapat menjimatkan penggunaan ubat selain anggota kesihatan dapat mengenal pasti sejarah pengubatan yang tepat bagi memastikan kesinambungan penjagaan pesakit.

Ayuh bersama tekankan penggunaan POMs di kalangan pesakit HSNZ!

 

Polisi & Garis panduan Program POMs Edisi Kedua 2018 ini dikeluarkan untuk membantu fasiliti dalam memperluaskan program ini dengan lebih efisen. Garis Panduan ini telah dikemaskini dengan mempertimbangkan isu risiko kesilapan pengubatan, faktor-faktor kekangan pelaksanaan dan penyeragaman.
Download Polisi dan Garis Panduan Program Patient's Own Medicines (POMs) Edisi ke-2 pada link dibawah.

Print