JABATAN REHABILITASI

PENGENALAN

Unit Perubatan Rehabilitasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah adalah satu daripada gabungan 3 unit yang membentuk Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi sebagai Ketua Jabatan. Unit gabungan berkaitan adalah Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Cara Kerja. Walaupun lokasi bagi setiap unit adalah berlainan, namun setiap anggota unit bekerja sebagai satu pasukan dengan menggunakan pendekatan interdisiplinari. Lokasi Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi terletak di Bangunan Vektor, berhampiran Wad Isolasi.

OBJEKTIF

1.    Berusaha memberikan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang komprehensif dan merangkumi aspek fizikal, psikologikal, sosial, vokasional, avakasional dan pendidikan.

2.    Berusaha mengamalkan pendekatan ‘ patient centered rehabilitation’

3.    Menitikberatkan kerja berpasukan dalam pengendalian pesakit.

4.    Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota kerja rehabilitasi.

5.    Memberikan pendidikan berterusan kepada anggota kerja kesihatan dan juga orang ramai berkaitan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.    Unit Perubatan Rehabilitasi menyediakan rawatan yang komprehensif untuk pesakit seperti:

1.1 Rawatan Pakar Perubatan Rehabilitasi merangkumi :

·         Spinal Rehabilitation

·         Stroke & Neurological Rehabilitation

·         Brain Injury Rehabilitation

·         Amputee Rehabilitation (Prosthesis & Orthosis)

·         Paediatric Rehabilitation

·         Kerusi Roda Khas (Specialised Wheelchair)

·         Program Pemulihan Jantung (Cardiac Rehabilitation Program)

1.2  Klinik Lawatan Pakar Di Hospital Daerah

·         Hospital Setiu

·         Hospital Dungun

·         Hospital Hulu Terengganu

2.    Jadual Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi

HARI

KLINIK

ISNIN

Spinal Rehabilitation

Klinik Lawatan Pakar Di Hospital Daerah

SELASA

Amputee Rehabilitation

Program Pemulihan Jantung

RABU

Stroke & Brain Injury Rehabilitation

Program Pemulihan Jantung

KHAMIS

Wheelchair

3.    Masa Perkhidmatan

HARI

MASA PERKHIDMATAN

Ahad hingga Rabu

8.00 pagi - 1 tengahari

2.00 petang - 5.00 petang

Khamis

8.00 pagi - 1 tengahari

2.00 petang - 3.30 petang

PROSEDUR OPERASI STANDARD

Pesakit Dalam

  • ·         Setiap pesakit yang dirujuk akan dilihat dan dinilai dalam tempoh masa 1 hari bekerja
  • ·      Pesakit dirujuk akan menerima rawatan perubatan rehabilitasi secara interdisiplinari dan perkembangan rawatan pemulihan dibincangkan di dalam mesyuarat interdisiplinari.
  • ·       Bagi kes pesakit yang telah menjalani program rehabilitasi aktif dan dibenarkan discaj, pesakit akan dibekalkan ubat-ubatan yang mencukupi, surat cuti sakit jika perlu, serta tarikh temujanji di Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi, Unit Pemulihan Carakerja dan unit lain sekiranya berkaitan.

·        Pesakit Luar

  •         Setiap pesakit akan menerima rawatan oleh pegawai perubatan & pakar perubatan rehabilitasi dalam tempoh 90 minit selepas mendaftar.

 

CARTA ALIR PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR PERUBATAN REHABILITASI

 

 

FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

1.    Apakah jenis kes yang dirawat di Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi ?

Jenis kes yang dirawat termasuk pesakit yang mendapat stroke ; mengalami kecederaan otak atau saraf tunjang akibat kemalangan atau penyakit lain ; mengalami amputasi kaki atau tangan akibat kemalangan atau penyakit lain ; pesakit yang memerlukan program pemulihan sesudah serangan jantung ; atau pesakit yang memerlukan kerusi roda khas seperti kanak-kanak dengan cerebral palsy.

2.    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi ?

Semua kes perlu dirujuk secara bertulis atau melalui media elektronik ( HIS, Hospital Information System ) oleh pegawai perubatan.

3.    Bagaimanakah cara untuk menghubungi Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi ?

Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah boleh dihubungi menggunakan talian 09 – 6212121 sambungan 2954 ( akan bertukar nombor )

AKTIVITI JABATAN ( TAHUN 2015 )

1.    Bengkel Amputee Rehab Peringkat Negeri Terengganu 24-25 Feb 2015

2.    Bengkel Pemurnian Rehabilitasi Kardiak Peringkat Negeri Terengganu & Kelantan 8 April 2015

3.    Bengkel Pemurnian Pelan Strategik ‘Spine & Stroke Rehabilitation’ Peringkat Negeri Terengganu 1-2 Jun 2015

4.    Seminar ‘ Traumatic Brain Injury Rehabilitation’ Peringkat Pantai Timur 12-13 Ogos 2015

5.    Kursus Soft Skill ‘A Better You’ 8 Oktober 2015

6.    Bengkel Penyediaan Modul Latihan MDT Stroke dan Spinal Peringkat Negeri Terengganu 8 Nov 2015

 


 

Print