JABATAN PSIKIATRIK DAN KESIHATAN MENTAL

JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL

LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental yang merupakan salah satu disiplin kepakaran telah wujud di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada sekitar tahun 70an. Ia mula beroperasi secara lebih teratur pada tahun 1978 dan telah berkembang dengan memberikan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat.

Namun pada tahun 2008, perkhidmatan pesakit dalam di HSNZ telah diberhentikan berikutan kerja-kerja meroboh bangunan lama wad psikiatri demi memberi laluan kepada pembanguan wad psikiatri baru iaitu Kompleks Psikiatri. Perkhidmatan pesakit dalam telah berpindah ke Hospital Hulu Terengganu. Perancangan asal adalah pemindahan sementara dalam jangkamasa 2-3 tahun apabila Kompleks Psikiatri baru siap untuk digunakan, maka perkhidmatan pesakit dalam akan berpindah semula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Namun jabatan mengalami tempoh yang mencabar kerana Kompleks Psikiatri yang telah diluluskan penubuhannya di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 telah tertangguh akibat kegawatan ekonomi. Penangguhan ini memberikan implikasi besar kepada perkhidmatan dan juga anggota yang bertugas.

Walaubagaimana pun pihak jabatan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ada. Halangan yang dihadapi membuka ruang kepada kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada disamping memikirkan aktiviti dan perancangan disebalik kekurangan yang ada.

Sehingga kini  perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah hampir lengkap walaupun tanpa perkhidmatan pesakit dalam. Antara perkhidmatan sedia ada adalah:

1.    Klinik Pakar Psikiatri susulan dan baru (dewasa)

2.    Klinik Pakar Psikiatri susulan dan baru (kanak-kanak dan remaja)

3.    Klinik Psikoterapi (Cognitive Behaviour Therapy , Psychodynamic Psychotherapy dan hipnoterapi)

4.    Klinik Terapi Gantian Metadon / Klinik penagihan

5.    Rawatan Pesakit dalam Liason  Psikiatri

6.    Klinik Psikogeritrik

7.    Rawatan psikiatri Komuniti (Asertif dan akut)

8.    Program pemulihan dalam komuniti (community based)

9.    Program pemulihan Daycare (hospital based)

10.  ECT (pesakit dalam dan luar)

11.  Kumpulan sokongan keluarga

12.  Terapi BioFeedback/Relaksasi

13.  Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (PKMM) atau MENTARI- yang akan beroperasi pada Januari 2016. PKMM adalah satu pusat kesihatan yang lebih mesra pelanggan dan memberikan perkhidmatan di semua peringkat pencegahan iaitu primer, sekunder dan tertiary.

 

 

CARTA ORGANISASI

 


 

MISI JABATAN

Jabatan Psikiatri berdedikasi untuk member perkhidmatan kesihatan yang bermutu kepada penduduk dirantau ini. Kami beriltizam untuk bekerjasama secara kreatif untuk memberi perkhidmatan dengan penuh hormat, bertanggungjawab serta cekap. Kami akan responsif kepada keperluan pesakit, majikan, organisasi dan mengekalkan keikhlasan serta etika yang unggul.

 

 

VISI JABATAN

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah akan menjadi teraju utama dalam memberi perkhidmatan psikiatri yang berterusan dan bersepadu kepada penduduk dirantau ini. Kami akan sentiasa menambahbaikan semua perkhidmatan yang diberi berteraskan kepada keperluan semasa pesakit, keluarga dan masyarakat.

 

 

OBJEKTIF KUALITI JABATAN

1.    70% of psychotic oatients attending outpatients clinic treated with atypical Antipsychotic

2.    More than 80% of clients receiving Methadone Maintenance Therapy remained HIV negative after 2 year on treatment

 

KPI JABATAN

NO

INDICATOR

DIMENSION

STANDARD

HOSPITAL REPORTING FREQUENCY

1

Percentage of non-urgent cases that were given appointment for first consultation within (≤) 6 weeks at Psychiatry Clinic

Customer

≥80%

Monthly

2

Percentage of patieants with waiting time of ≤90 minutes to see the doctor at Psychiatry Clinic

Customer

≥90%

 6 Monthly

3

Defaulter rate among Psychiatric Outpatients

Customer

<15%

Monthly

4

Percentage of new outpatients received Psycho-Education on first visit at Psychiatry Clinic

Customer

>80%

Monthly

5

New patients started on antipsychotic medication developing weight gain >7% from baseline after 6 months of treatment

Safety

<20%

Monthly

6

Percentage of patients prescribed with more than 2 benzodiazepines/ hypnotics at a particular time

Safety

<10%

Monthly

 


JADUAL PERJALANAN KLINIK

HARI

PAGI

PETANG

JUMAAT DAN SABTU

 

  • KLINIK TERAPI GANTIAN METADON

 

  • CUTI AM

 

AHAD

  • KLINIK TERAPI GANTIAN METADON
  • LAWATAN PASUKAN 1CPU KE RUMAH PESAKIT
  • KLINIK KES BARU/ SUSULAN CAMHS
  • ANXIETY CLINC-BEROPERASI 15 JANUARI 2016
  • KLINIK KES BARU PSIKIATRI AM
  • LAWATAN PASUKAN 1CPU KE RUMAH PESAKIT
  • KLINIK KES BARU/ SUSULAN 2CAMHS
  • CBT/HYPNOTHERAPY

 

ISNIN

  • KLINIK TERAPI GANTIAN METADON
  • LAWATAN PASUKAN 1CPU KE RUMAH PESAKIT
  • KLINIK SUSULAN PAKAR PSIKIATRI AM

 

  • LAWATAN PASUKAN 1CPU KE RUMAH PESAKIT
  • KLINIK SUSULAN PAKAR PSIKIATRI AM
  • KLINIK KES BARU/ SUSULAN 2CAMHS
  • HOUSEMAN CLINIC

 

SELASA

  • KLINIK TERAPI GANTIAN METADON
  • KLINIK KES BARU PSIKIATRI AM,
  • LAWATAN PASUKAN 1CPU KE RUMAH PESAKIT
  • KLINIK KES BARU/ SUSULAN 2CAMHS

 

  • KLINIK KES BARU PSIKIATRI AM
  • KLINIK KES BARU/ SUSULAN 2CAMHS
  • LAWATAN PASUKAN 1CPU KE RUMAH PESAKIT

RABU

  • LAWATAN PASUKAN 1CPU KE RUMAH PESAKIT
  • KLINIK KES BARU/SUSUALAN PSIKIATRI AM,
  •  
  • CME JABATAN

 

 

KHAMIS

  • KLINIK TERAPI GANTIAN METADON
  • CME HOSPITAL
  • RONDAAN PAKAR WAD HHT
  • MESYUARAT BULANAN JABATAN

M4: LAWATAN PAKAR PSIKOGERIATRIK

  • MESYUARAT


 

Print