Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU)

  1. PENGENALAN

       Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) adalah satu unit sokongan yang memberikan perkhidmatan pensterilan kepada Dewan Bedah, wad - wad, unit-unit, Klinik Pakar, Unit Pesakit Luar Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan klinik - klinik  kesihatan berdekatan.

  1. VISI

       Ke arah pembekalan 100% peralatan steril.

  1. MISI

      Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU)  memberi perkhidmatan  pensterilan  berkualiti   dan   inovatif  menggunakan teknologi bersesuaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.      

 

  1. OBJEKTIF

 4.1       Meningkatkan taraf perkhidmatan dan perawatan pesakit  dengan penyediaan  dan pengendalian  peralatan steril disamping mengamalkan teknik aseptik bagi  mencegah dan mengelak  jangkitan silang.

 4.2       Meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota kesihatan melalui kemudahan Sistem Kaunter dan Sistem Porter.

 4.3       Menyeragamkan set-set di hospital.

 4.4       Ke arah pembungkusan peralatan, soft goods dan kainan berkualiti  untuk mencapai piawaian yang ditetapkan.

 4.5       Menyelaras proses pensterilan mengikut Malaysian Standard of Sterilization Process dan Standard of Procedure.

  4.6       Memberi pendedahan dan pengetahuan berterusan kepada  anggota kesihatan dalam bidang pensterilan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan.

  1. ORGANISASI

5.1       Diketuai oleh Pengarah Hospital yang bertanggungjawab di dalam pengurusan secara keseluruhan, disokong oleh Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal), Ketua Penyelia Jururawat serta Penyelia Jururawat Y/M dalam pentabiran CSSU.

 

5.2       Kategori perjawatan :

-  Ketua Jururawat U32
-  Jururawat U32 (KUP)
-  Jururawat U29
-  Jururawat Masyarakat U19
-  Pembantu Perawatan Kesihatan U11
-  Operator Otokleb H11

 

5.3       CSSU terdiri daripada beberapa bahagian mengikut  zon  iaitu  :-

Zon 1 - Dekontaminasi  Zone   

Zon 2 - Assemble and  Packing  Area.

Zon 3 - Sterilization  Area.

Zon 4 - Sterile  Area.

Zon 5 - Distribution  Area.

  1. SKOP PERKHIDMATAN

6.1   Menyediakan Sistem Kaunter merangkumi penerimaan peralatan kotor,penerimaan peralatan bersih dan pembekalan peralatan steril bermula dari peralatan diterima sehingga peralatan dibekalkan.

6.2   Menyediakan Sistem Porter merangkumi proses pungutan peralatan kotor di wad-wad, unit-unit  dan membekalkan kembali peralatan steril.

6.3   Memproses, membekal dan mengeluarkan bekalan peralatan, soft goods dan kainan steril kepada pelanggan.

  1.         WAKTU PERKHIDMATAN

HARI

MASA

WAKTU PERINGKAT

Ahad - Rabu

7.00 pg – 3.00 ptg

8.00 pg - 5.00 ptg

12.00 tgh – 8.00 ptg

Shif Pagi

Waktu Pejabat

Shif Petang

Khamis

7.00 pg – 3.00 ptg

8.00 pg 3.30 ptg

12.00 tgh – 8.00 ptg

Shif Pagi

Waktu Pejabat

Shif Petang

Sabtu

7.00 pg - 2.00 ptg

Shif Pagi

Ahad - Sabtu

Kelepasan Am

Perkhidmatan selepas waktu pejabat dan shif dikendalikan oleh anggota yang bertugas atas panggilan.

 WAKTU PERKHIDMATAN PENERIMAAN PERALATAN BERSIH

HARI

MASA

UNIT / WAD

Ahad - Rabu

8.00pg-4.30ptg

Dewan Bedah

8.00am-9.00am

Wad Dan Klinik

Khamis

8.00pg-3.00ptg

Dewan Bedah

8.00am-9.00am

Wad Dan Klinik

Sabtu

7.00am-12.00pm

Dewan Bedah

8.00am-9.00am

Wad

WAKTU PERKHIDMATAN PENERIMAAN PERALATAN KOTOR

HARI

MASA

UNIT / WAD

Ahad - Khamis

7.00pg-8.00AM

11.30ptg-12.30ptg

2.30ptg-3.30ptg

Dewan Bedah

8.00am-9.00am

Wad Dan Klinik

Sabtu

7.00am-8.00am

Dewan Bedah

8.00am-9.00am

Wad

  1.         PEMAKAIAN DAN KESELAMATAN ANGGOTA

8.1  Anggota  yang bertugas  mesti  menukar  pakaian  seragam  kepada pakaian yang  telah  dikhaskan  dengan  lengkap termasuk perlindungan kepala dan kasut / selipar.

8.2  Setiap pelawat yang berurusan di CSSU perlu memakai gown, perlindungan kepala dan kasut / selipar yang dikhaskan. Walaubagaimanapun, pelawat tidak dibenarkan memasuki  Stor Steril.

8.3  Anggota yang bertugas di Zon Dekontaminasi hendaklah memakai alat pelindung diri (PPE) yang  lengkap.

8.4  Anggota  tidak  dibenarkan  memakai  barang  kemas  dan  menyimpan  kuku panjang  semasa  bertugas.

  1.         PERALATAN

9.1       Peralatan  yang  rosak  /  tidak  berfungsi :

- Setiap peralatan yang didapati rosak sebelum atau selepas digunakan perlu dikepilkan dengan borang "Borang Kehilangan Kerosakan".
- Borang hendaklah diisi oleh pengguna dengan maklumat yang lengkap, jelas dan ditandatangani oleh Ketua Unit.
- Peralatan yang rosak akan diganti setelah berpuas hati dengan sebab kerosakan.
- Peralatan yang rosak selepas diguna oleh pengguna adalah tanggunjawab pengguna.

9.2          Kehilangan  peralatan :

- Jika didapati kehilangan peralatan, ia perlu dikepilkan dengan borang "Borang Kehilangan / Kerosakan".
- Borang hendaklah diisi oleh pengguna dengan maklumat yang lengkap, jelas dan ditandatangani oleh Ketua Unit.
- Peralatan yang hilang akan diganti setelah berpuas hati dengan sebab kehilangan.
- Peralatan yang hilang disebabkan kecuaian pengguna adalah tanggungjawab pengguna .

9.3      Set  Prosedur - Tidak lengkap :

- Apabila set dibuka dan didapati tidak lengkap, set tersebut tidak boleh digunakan. Bungkus dan hantar set tersebut ke CSSU dalam keadaan asal dengan kadar SEGERA.
- Nama dan tanda tangan saksi mesti diisi lengkap dalam TSSU Form oleh Jururawat dan pengguna set.
- Peralatan sterile yang diterima tidak lengkap atau rosak tetapi diguna oleh pengguna tanpa pengetahuan unit CSSU adalah dianggap kecuaian pengguna.

9.4         Set  Prosedur - Peralatan terpakai

- Selepas menggunakan set, setiap peralatan perlu dibilas dengan air supaya darah dan sisa lain dikeluarkan serta tidak melekat dan merosakan peralatan.
- Pastikan peralatan kering sebelum di hantar ke Unit CSSU.
- Pastikan peralatan kotor dihantar dengan Kontainer bertutup

9.5         Peralatan tercemar oleh penyakit berjangkit  (BIOHAZARD)

- Peralatan yang berisiko perlu dimasukkan ke dalam 2 beg plastik Biohazard, dilabel dan dihantar ke CSSU.
- Pada hujung minggu atau kelepasan am, CSSU ditutup, pencucian dilakukan di tempat pengguna dengan berpandukan Garis Panduan Disinfection and Sterilization Policy and Practice MOH 1994.

  1. PEMBUNGKUSAN

10.1     Pemeriksaan peralatan,  teknik penyusunan dan pembungkusan, keperluan pembungkusan, dan pelabelan adalah mengikut Malaysian Standard of Sterilization Process.

  1. KAEDAH PENSTERILAN

11.1    Kaedah pensterilan peralatan menggunakan  stim di bawah tekanan dan suhu rendah. 

11.2    Peralatan yang sensitif  kepada suhu tinggi, proses pensterilan  menggunakan  Sterilizer bersuhu rendah seperti STERRAD  100S.

  1. PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN BARANGAN STERIL

12.1      Kawasan penyimpanan barangan steril

12.1.1   Semua barang-barang hendaklah disimpan di atas paras lantai sekurang-kurangnya 25cm, sekurang-kurangnya 44cm dari lekapan siling, 5cm dari dinding luar dan dilindungi dari cahaya matahari.

12.1.2   Suhu bilik perlu berkisar di antara 20˚C hingga 22˚C dengan kelembapan antara 50% hingga 60%. Penyaman udara dan keadaan pengudaraan hendaklah mematuhi standard antarabangsa atau yang setaraf dan memenuhi keperluan pengguna.

12.1.3   Lampu atas hendaklah dipasang supaya dapat mengurangkan perangkap habuk.

12.1.4   Hendaklah dihadkan kepada anggota yang tertentu sahaja, tidak mempunyai masalah kulit, luka terbuka, atau melecet.

 

12.2       Bekas penyimpanan barangan steril

12.2.1   Hendaklah sentiasa bersih, kering dan dalam keadaan baik. Kotak kadbod tidak boleh digunakan sebagai bekas untuk barangan steril kerana ia adalah poros, tidak boleh dibersihkan secukupnya dan boleh menjadi tempat pembiakan organisma.

 

12.3      Pengedaran barangan steril

12.3.1   Troli pengangkutan yang khusus haruslah bersih, kering dan dalam keadaan baik.

12.3.2 Troli dan container penerimaan peralatan sterile mesti bersih, kering dan bertutup

12.3.2 Semasa penerimaan peralatan sterile perlu dilakukan oleh kedua –dua pihak.

 

12.4      Jangka hayat / pusingan stok

12.4.1   Penentuan  pensterilan  ditentukan  dengan  perubahan warna pada indicator tape,   bungkusan  tidak  terbuka, tidak koyak ,  tiada  kesan kotoran dan keberkesanan  penyimpanan barangan steril.

12.4.2   Penentuan  pek  steril  tidak  berpandukan pada  tarikh  luput  tetapi  ke atas  keadaan fizikal bungkusan. Bungkusan menggunakan kainan, tarikh luput ditetapkan selepas 2 minggu daripada tarikh pensterilan.

 

12.5     CSSU  tidak   bertanggungjawab  atas  kerosakan  peralatan dan  berhak menolak jika didapati  peralatan tidak sesuai untuk pensterilan.

  1. STOR

13.1      Stor diasingkan  mengikut  kegunaan :

13.1.1   Stor  Steril

             Digunakan  untuk  menyimpan  barangan  steril  sahaja.

13.1.2   Bulk  Stor

             Digunakan  untuk  menyimpan  peralatan  dan  barangan kegunaan  soft  goods.

13.1.3   Stor Kecemasan

Digunakan  sebagai tempat  meletakkan  peralatan  dan   barangan  soft  goods    untuk   kegunaan  semasa.

13.1.4   Stor Instrumen

  Digunakan sebagai tempat penyimpanan instrumen.

  1. KEBERSIHAN UNIT

14.1      Lantai  bebas  dari  habuk  dengan  menggunakan mop dan  disinfectant  yang  dibenarkan.

14.2      Bilik  kainan  divacuum  sebanyak  2  kali  sehari.  Di  Stor Steril   hanya  digunakan  mop  lembap untuk lantai dan rak simpanan pek / bungkusan steril.

14.3      Semua  permukaan  lantai dan dinding tempat  kerja  dimop  dengan  Disinfectant 2  kali  sehari mengikut jadual termasuk rak, meja, siling dan air  cond  outlet. 

14.4      Tong sampah  (General  Waste bin)  dikosongkan  2  kali  sehari  dan  mengikut  keperluan.

14.5      Hand rub digunakan untuk anggota yang mengendalikan / memegang  set steril.

14.6      Semua  sinki  dan tandas dicuci  setiap  hari mengikut jadual.

14.7      Kasut  yang dipakai  di luar  dan  di dalam  unit  diasingkan  di  rak  yang  berlainan .

  1. ASPEK  UTAMA  POLISI  HOSPITAL

15.1      Perkhidmatan  Sokongan  Hospital  akan  menjalankan  kebersihan.

15.2      Pergerakan  barangan :

15.2.1   Bekalan  bahan perubatan dan domestik  ( Standard Item ) daripada Store Integrasi  akan  diambil  oleh  anggota CSSU setiap bulan.

15.2.2   Bekalan  dan  pembelian  peralatan  perubatan  akan dimohon  melalui  Peruntukkan  Kewangan  Hospital  dan  akan  disimpan  di CSSU.

15.2.3   Rekod  Invetori  di simpan  di  CSSU.

  1. PENGENDALIAN  SISA-SISA

 16.1     Sisa  klinikal  dan  sisa  Domestik  (General)  akan  dimasuk  dalam  beg / tong sampah berasingan. 

16.2      Pihak  RMSB dan Pengurusan  Sisa Klinikal  akan  menyimpan  semua  sisa  klinikal  di  tempat  yang  dikhaskan  untuk  pelupusan.

  1. DOBI

17.1      Semua  kainan  yang  terpakai  akan  diletak  dalam  beg  yang  berasingan  mengikut  warna  beg  yang  dibekalkan  pihak  konsesi  dan  anggota  mereka  akan  mengutip  kainan  ini  dengan  menggunakan  troli  yang  dikhususkan.

17.2      Kainan  bersih  akan  dibekalkan  mengikut keperluan  permohonan - Hospital Specific Implementation Plan (HSIP).

17.3      Semua  kainan  akan  dihantar  mengikut  prosedur  dan jadual penghantaran  ke CSSU.

  

  1. PENYELENGGARAAN

18.1      Ketua  Jururawat  CSSU  harus  memastikan  semua  mesin  Autoclave, Washer Disinfector, Hot Air Drying Cabinet dan  peralatan  lain dalam  keadaan  baik  dan  boleh  digunakan  sepanjang  masa. Penyelenggaraan  akan  dibuat  mengikut  jadual  PPM (Plan Preventive Maintenance).

  1. KESELAMATAN

19.1      Selepas waktu operasi,  CSSU  akan  ditutup dan kunci akan dihantar ke  Kaunter  Pengawal  Keselamatan.

19.2      Setiap anggota CSSU akan memastikan keselamatan keseluruhan unit serta mematuhi prosedur dan peraturan yang  ditetapkan.

19.3      Langkah - langkah keselamatan adalah mengikut Akta OSHA (Occupational Safety and Healthy Act).

19.4      Jawatankuasa Keselamatan unit diwujudkan.    

   

  1. PROTOKOL

Pegawai  yang  menjaga  akan  memastikan manual dikekalkan dan dipatuhi  :

  • Ø Manual Kejururawatan
  • Ø Manual Malaysian Standard of Sterilization Process
  • Ø Manual Disinfection and Sterilization Policy And Practice ( Ministry Of Health Malaysia).
  • Ø Central Sterile Supply Service Policy ( Medical Development Division )MOH /P/PAK/336.17(BP)e
  • Ø Guideline on Conceptual Designand Engineering Requirements for Central Sterile Supply Unit ( CSSU ) MOH /ESD/2017-02

 

  1. PENGURUSAN SUMBER

    21.1           Keperluan sumber manusia unit ini dirancang, dilaksana dan dinilai selaras dengan objektif jabatan.

    21.2           Anggota adalah dipastikan kompeten menjalankan proses kerja.

    21.3           Program latihan berterusan untuk anggota termasuk latihan teknikal dan latihan am dirancang mengikut keperluan anggota dan unit.

    21.4           Semua anggota perlu mencapai tahap latihan seperti keperluan E-Latihan .

 

  1. PROGRAM JAMINAN KUALITI

CSSU sentiasa mengamalkan program jaminan kualiti supaya bekalan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Program jaminan kualiti yang dipraktikkan merangkumi :-

22.1     Semua dokumen kualiti iaitu Prosedur Kualiti, Polisi Organisasi disediakan untuk rujukan semua anggota yang menjalankan tugas.

22.1.1   Manual Kualiti/Polisi

Manual Kualiti  menggariskan  dasar-dasar dan objektif kualiti di dalam menguruskan proses-proses Sistem Pengurusan Kualiti di Unit ini.

22.1.2   Dokumen Sokongan

Dokumen-dokumen sokongan mengandungi dokumen-dokumen rujukan seperti Garispanduan,  Manual Malaysian Standard of Sterilization Process

Manual Disinfection and Sterilization Policy And Practice ( Ministry Of Health Malaysia), Central Sterile Supply Service Policy ( Medical Development Division )MOH /P/PAK/336.17(BP)e , Guideline on Conceptual Designand Engineering Requirements for Central Sterile Supply Unit ( CSSU ) MOH /ESD/2017-0  dan menyokong perlaksanaan prosedur kerja.

22.1.3  Pindaan

Pindaan atau tambahan kepada kandungan boleh dibuat pada bila-bila masa. Sebarang pindaan   akan  dibuat  selaras dengan   prosedur   kawalan dokumen. Rekod pindaan akan dikemaskini  dan ditandatangani oleh Pengarah/Ketua Jabatan setiap kali terdapat pindaan.

22.1.4   Kawalan Dokumen

Dokumen utama di dalam sistem kualiti adalah tertakluk kepada kelulusan pengeluaran dan kawalan pindaan.

 

 22.2    Pendidikan berterusan akan diberikan kepada semua kategori anggota, direkod dan dilaporkan.

 22.3    Program kawalan kualiti untuk peralatan (memasang, mentauliah, kalibrasi dan penyelenggaraan)  akan dijalankan mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan.

 22.4    Program kualiti berterusan :-

22.4.1 Objektif Kualiti

           Indikator dipantau pencapaiannya bagi setiap enam bulan.

22.4.2 Key Performance Indicator (KPI)

           Indikator dipantau pencapaiannya bagi setiap enam bulan.

22.4.3 Audit Dalaman dan Luaran MS ISO

22.4.4 Akreditasi

22.4.5 Kajian Kepuasan Pelanggan

Maklumbalas, penilaian dan laporan diambil tindakan setiap 2 kali setahun bagi menilai kepuasan pelanggan dalaman terhadap perkhidmatan yang diberikan agar tindakan pembetulan dan  penambahbaikan berterusan dapat diambil.

  1.  INFRASTRUKTUR

CSSU komited untuk mengenalpasti dan menyediakan kemudahan  infrastruktur yang diperlukan. Kemudahan  infrastruktur termasuklah :-

23.1     Stor, bilik pencucian,  ruang pejabat

23.2     Bilik rehat, bilik makan, surau, tandas

23.3     Komputer pejabat yang bersesuaian.

23.4     Hospital Information System (HIS)

23.5     Sistem komunikasi.

23.6     Alat keselamatan.

23.7     Sistem ventilasi dan pendingin hawa.

23.8     Tempat kerja yang ergonomik.

23.9      Persekitaran kerja yang kondusif.

  1. PERHUBUNGAN ANTARA JABATAN 

24.1Menggalakkan rundingan dengan rakan sejawatan klinikal dan  lain - lain kategori berkaitan dalam menganjurkan CNE dan kursus (pembelajaran berterusan).

24.2Rundingan/Konsultasi melalui telefon.

24.3Memberi ceramah peringkat hospital / negeri.

24.4Mesyuarat Pengurusan.

24.5Mesyuarat Direktorat Pembedahan.

24.6Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

24.7Kursus-kursus yang berkaitan.

 

 

Print