Jabatan Rekod Perubatan

rekod1

 

Pengenalan :
Jabatan Rekod Perubatan merupakan salah sebuah jabatan di bawah direktorat Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal hospital. Jabatan ini terletak di Aras bawah, Kompleks Rawatan Harian HSNZ, iaitu bersebelahan Klinik Pakar Pembedahan dan Otopedik. Jabatan Rekod dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti dengan Timbalan Pengarah (Klinikal) II dan diketuai oleh Pegawai Rekod Perubatan.

Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab dalam mentadbir-urus rekod perubatan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini.. Selain itu, jabatan ini juga berperanan dalam mengumpul, menganalisa dan seterusnya menjana statistik berkaitan penjagaan dan perawatan pesakit di hospital. Dari aspek perundangan pula, Jabatan ini bertangunggjawab dalam mempastikan kerahsiah maklumat rawatan pesakit dijaga dan dilindungi secara maksima. Maklumat pesakit hanya bolih dikeluarkan melalui permohonan Laporan Perubatan/Post-Mortem setelah semua syarat dan peraturan dipatuhi.

 

Visi :
Jabatan Rekod Perubatan sebagai Pusat Mengurus Maklumat Pesakit Yang Berkualiti.

 

Misi :
Jabatan Rekod HSNZ memberi perkhidmatan membekalkan maklumat pesakit dengan cara yang berinovatif dan menggunakan teknologi bersesuaian melalui profesionalisme, kerja berpasukan dalam suasana kerja yang kondusif dengan mengambil kira kebudayaan dan keperluan setempat.
Objektif :
Untuk menerima, mengumpul, menjaga, menyimpan, mencari, menyedia dan mengedar maklumat kesihatan berkaitan dengan pesakit, dengan cepat dan tepat.

 

Fungsi
Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab dalam menyimpan dan mengurus semua rekod pesakit dalam dan pesakit luar yang mendapat rawatan di hospital ini. Selain itu, Jabatan ini bertanggungjawab dalam proses pengeluaran data statistik Hospital dan pengurusan Laporan Perubatan pesakit serta menguruskan data-data Sistem Casemix.

 

Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan bagi Jabatan Rekod Perubatan adalah seperti berikut:-

Penyediaan Laporan Perubatan:-
Laporan Perubatan akan disiapkan dalam tempoh 2 minggu (28 hari bekerja) daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

Pengurusan Rekod Perubatan:-
Permohonan Rekod Perubatan Pesakit untuk tujuan siasatan dan kajian akan dilayan setelah mematuhi semua syarat dan peraturan

 

PERKHIDMATAN/PRODUK DISEDIAKAN


Perkhidmatan utama Jabatan Rekod Perubatan adalah seperti berikut :

 

1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

• Menyelaras Digital Record / Electronic Medical Record (EMR) pesakit melalui Hospital Information System (HIS).
• Penerimaan Rekod Perubatan pesakit daripada wad dan klinik (Manual Rekod )
• Penyelenggaraan Rekod Perubatan pesakit (pendaftaran dalam sistem, pelabelan kod warna dan penyimpanan ke ruangan simpanan)
• Pelupusan Rekod Perubatan

2. Pengurusan berkaitan Laporan Perubatan

• Memproses permohonan Laporan perubatan daripada pesakit, Polis, Peguam, Agen Insurans, Majikan, dsb.
• Semua permohonan hendaklah menggunakan borang khas KKM/LP/1/2008
• Tempoh penyediaan Laporan Perubatan adalah 28 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
• Mengurus penubuhan jemaah PERKESO,KWSP.
• Mengurus penubuhan Lembaga Perubatan (Akta Pencen) dan Ex-Gratia.

3. Pengurusan Statistik Hospital
• Penyediaan kod diagnosis bagi setiap pesakit berdasarkan ICD-10
• Penerimaan Bancian Harian Wad
• Penyediaan Statistik Pesakit Luar
• Penyediaan Statistik Pesakit Dalam
• Pengeluaran Statistik bagi Laporan Tahunan
• Pengumpulan statistik perkhidmatan sokongan

4. Pengurusan berkaitan Kes Perundangan (Medico-Legal)

• Mengurus dan menyelia rekod-rekod berkaitan Perundangan seperti Rekod Bedah Siasat, Kad Medico-Legal Jabatan Kecemasa dan Rekod-rekod Pusat Khidmat Krisis Setempat (OSCC).
• Menyediakan dokumen Laporan Perubatan untuk Pegawai Perubatan hadir ke mahkamah.
• Menyediakan Salinan Rekod Perubatan kes potensi Medico-Legal/Medico Legal untuk panel siasatan bebas.
• Urusetia bagi penubuhan Lembaga Siasatan Bebas (Enquiry Board).

5. Pengurusan data-data Sistem Casemix
• Menguruskan kemasukan data-data klinikal pesakit yang discaj
• Menyemak ketepatan koding ICD10 untuk diagnosis dan ICD 9CM untuk prosedur.
• Menjana DRG setiap kes dan menyempurnakan status closed setiap kes.
• Melakukan audit kesempurnaan dokumentasi (diagnosis) dan ketepatan koding.
• Menyediakan laporan tahunan Casemix.

 

TATACARA MEMOHON LAPORAN PERUBATAN / LAPORAN BEDAH SIASAT

Pesakit sendiri /Saudara terdekat / agen /peguam boleh memohon laporan perubatan dari Jabatan Rekod Perubatan, Tingkat Bawah, Kompleks Rawatan Harian HSNZ atau menghantar permohonan melalui surat.
Pesakit sendiri / Saudara terdekat / agen / peguam mestilah membawa perkara seperti berikut :-
• Borang Pemohonan (KKM/LP/1/2008)/ Surat Pemohonan.
• Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit/ waris bagi si mati (beserta dokumen hubungan dengan si mati).
• Salinan Kad Pengenalan Pesakit/ Kad Pengenalan Simati serta sijil kematian.
• Salinan Kad Pengenalan pemohon/ waris.
• Salinan Kad Temujanji Klinik/ Nota Discaj/ lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan hospital.
• Borang berkaitan (Insurans/ KWSP/ Buruh 90/ PERKESO dan sebagainya)
• BAYARAN (sila rujuk Perintah Fi (Perubatan) 1982.
• Senarai Semak Permohonan Lengkap Permohonan.

Tempoh penyediaan laporan perubatan adalah 28 hari bekerja (tidak termasuk Laporan Ringkas Pakar, Pakar Terperinci dan Laporan Bedah Siasat)

 

WAKTU OPERASI
Buka:-
Ahad - Rabu | 08.00 am – 01.00 pm & 02.00 pm - 05.00 pm
Khamis | 08.00 am - 01.00 pm & 02.00 pm – 3.30 pm

Tutup:-
Jumaat - Sabtu | Cuti Umum
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi :-


Jabatan Rekod Perubatan,
Aras Bawah, Bangunan ACC, Hospital Sutanah Nur Zahirah,
Kuala Terengganu.
Tel : 09-6212121 Ext: 2882/2486
Fax: 09- 221820, 096227139

 

PROGRAM/AKTIVITI JABATAN

 

• Mengadakan ceramah (Continuous Medical Education-CME) kepada kakitangan hospital berkaitan Rekod Perubatan pada sesi yang ditetapkan.
• Mengadakan hari keluarga peringkat Jabatan.Sambutan Hari Raya dan Hari Mengacau Sure dan Majlis Perhimpunan Bulanan HSNZ.

 

LAIN-LAIN
Program Kualiti bagi memantau aktiviti kualiti Jabatan Rekod, antaranya :

• Penyediaan Laporan Perubatan dalam masa 28 hari bekerja.
• Penghantaran Rekod Perubatan pesakit discaj dalam masa 72 jam.
• Audit Ketepatan Koding Penyakit – ICD 10 dan Prosedur – ICD 9CM

 

rekod11

Print