JABATAN PENDIDIKAN KESIHATAN

PROFIL UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN


PENGENALAN

Unit Pendidikan Kesihatan (dahulunya dikenali sebagai Pendidikan Pesakit) merupakan salah satu unit sokongan bukan klinikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pejabat utama unit ini berada di Tingkat 2, Aras 3, Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan pesakit dan orang ramai dengan pengetahuan dan maklumat yang tepat dan bersesuaian melalui aktiviti pendidikan kesihatan
  1. Melahirkan anggota hospital yang yang mengamalkan budaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan
  1. Mengerakkan klinik berhenti merokok (KBM) yang bertujuan untuk membantu dan memudahcara orang awam dan kakitangan hospital untuk berhenti merokok.
  1. Melaksanakan kerjasama strategik dan menyediakan bantuan sokongan dengan Jabatan / Unit di HSNZ dalam pelbagai program / aktiviti pendidikan kesihatan .


 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

i. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM)

ii. Program Pengurusan Berat Badan (IFitEr)

iii. Promosi Pendermaan Organ

 

 

iv. Penyelarasan program Doktor di radio dalam segmen Pakar Kesihatan

v. Pengedaran bahan-bahan pendidikan bercetak: Pamphlet, Booklet,Poster,Flyer,Brochure

vi. Penerbitan bahan pendidikan kesihatan.

 

 

vii. Perkhidmatan pinjaman alatan dan multimedia kepada Jabatan/Unit di HSNZ:

- PA System

- LCD Projector

- Notebook / Laptop

- Rakaman gambar

 

 

viii. Aktiviti Pendidikan Kesihatan:

- Pameran Pendidikan Kesihatan

- Kuiz Kesihatan

- Ceramah Kesihatan

- Menjalankan kursus berkaitan seperti komunikasi berkesan, ToT Jom Ikrar Derma Organ

 

ix. Jadual Perkhidmatan Klinik:

- Klinik Berhenti Merokok (KBM) beroperasi setiap hari dari ahad hingga khamis Bertempat di lobi utama Kompleks Rawatan Harian

Print