UNIT KEJURURAWATAN

PENGENALAN

Unit Kejururawatan Hospital Sultanah Nur Zahirah menyediakan perkhidmatan yang merangkumi semua aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitasi. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah untuk memenuhi keperluan fizikil, psikologikal dan kerohanian pelanggan dan keluarga serta masyarakat di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Anggota Kejururawatan ditempatkan di pelbagai unit dan disiplin bagi memberi perkhidmatan seperti berikut:

    1. Pengurusan Kejururawatan.
    2. Perawatan Pesakit di Klinik Pakar.
    3. Perawatan Pesakit Dalam.
    4. Perawatan Pesakit di Unit Rawatan Harian.
    5. Perawatan Pesakit di Jabatan Kecemasan.
    6. Perawatan Pesakit di Unit Haemodialisis.
    7. Perawatan Pesakit di Rumah (Home Care).
    8. Perawatan untuk pesakit spinal (Rehabilitasi).
    9. Jururawat  juga ditempatkan di makmal, Jabatan Pengimejan Diagnostik dan  Unit Kualiti.

 

VISI/MISI/OBJEKTIF UNIT KEJURURAWATAN

Visi

Ke arah keprihatinan kejururawatan profesional di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Misi

Memberi perkhidmatan perawatan dan promosi kesihatan yang berkualiti, menyeluruh, berteknologi sesuai dan inovatif kepada pesakit di Pantai Timur. Perawatan ini berteraskan kepada profesionalisme, kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang dalam suasana kerja yang kondusif serta pembelajaran berterusan supaya masyarakat dapat mencapai tahap kesihatan yang optima.

Objektif

Perkhidmatan Kejururawatan Hospital Sultanah Nur Zahirah bertekad untuk:-

- mempertingkatkan pengetahuan anggota dalam melaksanakan kualiti perkhidmatan kepada pesakit melalui Proses Kejururawatan.

- memastikan semua pesakit diberi perawatan yang optima dan selamat berasaskan keberkesanan ubatan, kebersihan, pemakanan yang sihat, pendidikan serta sokongan moral tanpa mengira status.

Print