JABATAN PEMBEDAHAN PLASTIK,

REKONSTRUKTIF DAN RAWATAN KEBAKARAN
HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

 

Pengenalan.

Sejarah penubuhan Jabatan Pembedahan Plastik, Rekonstruktif dan Rawatan Kebakaran bermula pada tahun 1986 dan pada waktu ini diketuai oleh seorang Pakar Perunding Bedah Plastik & Rekonstruktif Jusa C. Jabatan ini terdiri daripada Wad Bedah Plastik, Wad Rawatan Kebakaran dan Klinik Bedah Plastik. Wad Bedah Plastik kedudukannya di tingkat enam dan Wad Rawatan kebakaran berada di tingkat empat bangunan utama HSNZ. Manakala Klinik Bedah Plastik berada di aras bawah bangunan Pusat Rawatan Harian, HSNZ.

Sehingga kini jabatan ini masih lagi menjadi pusat rujukan bagi pesakit dari seluruh negeri Terengganu dan Pahang. Dari masa kesemasa, jabatan ini sentiasa menerima pertambahan pesakit dan menjadi tanggungjawab jabatan ini berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Jabatan ini telah berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambahkan pelbagai perjawatan dan juga menaiktarafkan perkhidmatan rawatan kebakaran dengan penambahan bilangan katil, pembesaran wad dan melengkapkan sistem peralatan rawatan bertaraf unit rawatan rapi.

Visi / Misi / Objektif

 

Visi

Kami berkeyakinan bahawa jabatan kami dapat memberikan perkhidmatan
rekonstruktif dan pemulihan yang optima dengan layanan mesra dan penyayang
serta berwawasan untuk pesakit-pesakit di rantau ini.

 

Misi

Kami berkeyakinan bahawa jabatan kami dapat memberikan
perkhidmatan rekonstruktif dan pemulihan yang optima dengan layanan
mesra dan penyayang serta berwawasan untuk pesakit-pesakit di rantau ini.

 

Skop Perkhidmatan

a) Perkhidmatan Pesakit Luar
• Melibatkan semua pesakit yang dirujuk dari klinik-klinik pakar, klinik pesakit luar, hospital-hospital, klinik-klinik kesihatan dan klinik-klinik swasta.

b) Perkhidmatan Pesakit Dalam
• Melibatkan semua pesakit yang dimasukkan ke wad melalui Jabatan Kecemasan, klinik pakar Pembedahan Plastik, Rekonstruktif dan Rawatan Kebakaran dan kes-kes yang dirujuk dari lain-lain wad.

c) Perkhidmatan Pembedahan
• Pembedahan Kes-kes “Elective”
• Pembedahan kes-kes kecemasan
• Rawatan pembedahan Laser

 

 Aktiviti-aktiviti Jabatan

 

Hari

8.00am – 1.00pm

2.00pm – 5.00pm

Selepas Waktu Pejabat

Ahad

Pembedahan kes-kes elektif

“Ward Round”

Pembedahan kes-kes elektif

Kes-kes Kecemasan

Isnin

“Grand Ward Round” Sesi klinik

Klinik – klinik khas, CME dan mesyuarat jabatan

Kes-kes Kecemasan

Selasa

“Ward Round”

Pembedahan kes-kes elektif

Pembedahan kes-kes elektif

Kes-kes Kecemasan

Rabu

“Ward Round”

Day

Rawatan Pembedahan Laser & Klinik Keloid

Kes-kes Kecemasan

Khamis

“ Ward Round”

Sesi klinik & Pembedahan kes-kes elektif/ Kecemasan kebakaran

Pembedahan kes-kes elektif/ Kecemasan kebakaran

Kes-kes Kecemasan

 


Penutup

 

I. Secara keseluruhannya, peningkatan kedatangan pesakit di klinik pembedahan plastik sentiasa meningkat pada setiap tahun. Secara langsung akan menyebabkan pertambahan semua aktiviti di bawah pengendalian Jabatan pembedahan Plastik seperti peningkatan kepada jumlah pembedahan, prosedur dan sebagainya.

II. Sehingga kini jabatan ini masih lagi beroperasi dengan seorang pakar yang bertanggungjawab mengendalikan dan pengawasan bagi keseluruhanya dan dibantu oleh enam orang pegawai perubatan tetap.

III. Jabatan Pembedahan Plastik juga menerima pegawai perubatan master untuk menjalani posting Pembedahan Plastik.

Print