Jabatan Ortopedik

 

 

PENGENALAN

Jabatan Ortopedik HSNZ adalah salah satu Jabatab dibawah Direktorat Pembedahan. Ia diketuai oleh Pakar Perunding Ortopedik merangkap Ketua Jabatan dan dibantu oleh 6 orang Pakar Bedah Ortopedik, Pegawai Perubatan, Pen. Peg. Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Secara umumnya jabatan ini memberikan perkhidmatan pakar kepada pesakit-pesakit melalui rawatan pesakit luar, rawatan pesakit dalam dan pembedahan-pembedahan elektif serta kecemasan.

Skop prkhidmatan di Jabatan Ortopedik dibahagikan kepada tiga bahagian:

 

a)      Aktiviti diagnose:

Melalui pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan pengimijan, pemeriksaan darah dan pemeriksaan-pemeriksaan istimewa.

b)      Aktiviti Perawatan:

Mengurangkan kesakitan akibat kecederaan dan penyakit dengan pemberian ubatan secara selamat dan sesuai dan pembedahan jika perlu memperbaiki kecacatan fizikal akibat kecederaan dan keabnormalan kongetial melalui pembedahan pembetulan, pemakaian orthosis & prosthesis dan program pemulihan.

c)       Aktiviti Pencegahan

Penerangan dan Pendidikan pesakit mengenai komplikasi kepatahan tulang, kecederaan, keabnormalan kongetial dan komplikasi penyakit terutama kencing manis.

 

SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1.       Menyediakan perkhidmatan pembedahan dan rawatan kecemasan dan elektif dalam perkhidmatan Ortopedik dan Traumatologi termasuk kecederaan sukan.

2.       Mempromosikan perkhidmatan kepakaran Ortopedik dan Traumatologi kepada pesakit dan waris serta masyarakat sekeliling.

3.       Menyediakan kemudahan Latihan dan Pendidikan Ortopedik kepada Pegawai Perubatan, Pen. Peg. Perubatan, Jururawat serta pelajar perubatan dan paramedic.

4.       Menjalankan kajian dan penyelidikan supaya dapat menyediakan perkhidmatan Perawatan Ortopedik yang terbaik dan terkini.

5.       Membantu pelanggan untuk mendapatkan dan menyelesaikan tuntutan mereka melalui penyediaan Lapuran Perubatan.

6.       Menyediakan dan mengendalikan pengurusan dan perkhidmatan klinik Ortopedik 4 hari seminggu (Ahad hingga Rabu)

 

     VISI/MISI/OBJEKTIF

 

      Visi:

      “Kerja Berpasukan Menuju je Arah Kepuasan Pelanggan Melalui Khidmat Cemerlang”.

 

      Misi:

1.       Menyediakan perkhidmatan kepakaran ortopedik yang berkualiti untuk pesakit-pesakit melalui kerja berpasukan, berkeperihatian dan berprofesionalisme.

2.       Menyediakan perkhidmatan yang menjadi focus pesakit, dengan layanan yang adil dan mudah diperolehi oleh semua golongan dengan menggunakan teknologi terkini dan kakitangan terlatih.

       Objektif Jabatan:

                                 i.            Objektif Kualiti Umum

·         Memastikan pesakit mendapat perkhidmatan Ortopedik yang berkualiti di dalam semua aspek yang meliputi ketepatan diagnosis, keberkesanan pengurusan perawatan dan pencegahan.

·         Memberi perkhidmatan dan rawatan perubatan secara professional, mesra, cekap dan berkesan dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 90% pelanggan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.

                               ii.            Objektif Kualiti Khusus

·         Perkhidmatan  Rawatan Pesakit Dalam:

ØSemua pesakit yang dimasukkan ke wad akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 90 minit.

ØSemua pesakit di wad akan mendapat rawatan/konsultasi pakar dalam tempoh masa 24 jam.

ØSemua pesakit yang dirujuk di antara jabatan akan mendapat rawatan konsultasi pakar dalam tempoh 24 jam dari masa rujukan.

ØPembatalan kes-kes pembedahan elektif tidak melebihi 15%.

·         Perkhidmatan Rawatan Kepakaran Pesakit Luar:

ØSekurang-kurangnya 90% pesakit luar dirawat dalam masa 90 minit.

Print