Jabatan Oftalmologi

PENGENALAN

Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Nur Zahirah adalah pusat rujukan untuk penyakit mata untuk Negeri Terengganu. Jabatan ini diterajui oleh Dr. Hjh Maizan binti Yaakub, Pakar Perunding Kanan Oftalmologi Gred Khas C dengan dibantu oleh beberapa Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Optometri serta anggota kumpulan sokongan I dan II.
Selain perkhidmatan klinikal, jabatan ini juga menjadi tempat latihan (attachmment) untuk pelajar perubatan, pascasiswazah serta paramedik termasuk juga dari kolej swasta yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lokasi Jabatan Oftalmologi adalah di Aras 1 Kompleks Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dewan bedah beroperasi di kompleks ini manakala perkhidmatan rawatan pesakit dalam adalah di Wad 5B yang terletak di tingkat 5 di bangunan utama.

 

OBJEKTIF JABATAN OFTALMOLOGI

 

OBJEKTIF UMUM
- Menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran pesakit luar dan juga pesakit dalaman yang dimasukkan ke wad.
- Memberi perkhidmatan perawatan mata kecemasan (emergency eye care) untuk memastikan risiko kebutaan sifar untuk semua pesakit yang hadir ke Klinik Oftalmologi dengan menyediakan ‘Casualty Eye Clinic’ pada waktu pejabat dan khidmat Pegawai Perubatan atas panggilan semasa luar waktu pejabat.
- Menjalankan aktiviti pencegahan kebutaan termasuk aktiviti saringan, promosi dan pendidikan kesihatan, program warga tua dan melatih anggota kesihatan primer.
- Memastikan semua pesakit diabetis menjalani saringan mata sekurang-kurangnya setahun sekali melalui program ‘Tele-Diabetic Retinopathy’.
- Menyediakan perkhidmatan subkepakaran bagi bidang yang telah dikenalpasti mengikut Pelan Perkhidmatan Oftalmologi KKM.
- Melaksanakan Program Latihan Sistem Terbuka Pascasiswazah Oftalmologi.
- Untuk melaksana Program Latihan Subkepakaran Oftalmologi.
- Untuk melaksana Program Latihan Pos Basik Oftalrrik Nursing.
- Mengadakan latihan bagi pelajar perubatan, optometri, jururawat dan penolong pegawai perubatan yang ditempatkan di Jabatan Oftalmologi. 

 

OBJEKTIF KUALITI
1. Memastikan 95% kes baharu PDR (Proliferative Diabetic Retinopathy) tanpa obscuring VH (Vitreous Haemorrhage) atau TRD (Tractional Retina Detachment) diberi PRP (Pan Retina Photocoagulation) lengkap dalam tempoh 14 hari dan disahkan oleh pakar.

2. Memastikan pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif memahami kaunseling pra bedah yang diberi.

3. 80% pesakit menunggu untuk mendapat perkhidmatan Optometri kurang dari 60 minit.


VISI JABATAN OFTALMOLOGI
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Nur Zahirah sebagai jabatan yang memberi perkhidmatan perawatan mata yang cemerlang, saksama dan mudah diperolehi yang menepati prinsip-prinsip kualiti dalam membanteras kebutaan yang boleh dicegah.

 

MISI JABATAN OFTALMOLOGI
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Nur Zahirah akan memberi perkhidmatan dan latihan kepakaran perawatan mata yang menyeluruh, inovatif dan efektif dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian berlandaskan profesionalisme, kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang bersesuaian dengan kehendak dan budaya masyarakat tempatan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Rawatan Pesakit Luar Oftalmologi
- Rawatan Pesakit Dalam
- Perkhidmatan Pembedahan
- Perkhidmatan Optometri
- Perkhidmatan Tele-Diabetic Retinopathy
- Lawatan Pakar Ke Hospital Daerah (Hospital kluster):
      - Hospital Dungun
      - Hospital Kemaman
      - Hospital Besut
      - Hospital Setiu
      - Hospital Hulu Terengganu

 

SUBKEPAKARAN
- Vitreo-retina
- Medikal-retina
- Pediatrik Oftalmologi
- Kesihatan awam oftalmologi (Public Health Ophthalmology) 

 

JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK OFTALMOLOGI

 

KLINIK OFTALMOLOGI

HARI

PAGI

PETANG

AHAD

- Klinik Oftalmologi Am

- Klinik Gla.ukoma

- Klinik Pediatrik Oftalmologi (ROP)  

    (Retinopathy of Prematurity)

-   Klinik Medikal Retina (Uveitis Clinic)

-   Casualty Eye Clinic

-   Prosedur Laser

-   Ot Day Care / Pesakit dalam

- Klinik POST OP (Post Operation)

- Tele DR (Diabetic Retinopathy)

- ROP Round

ISNIN

- Klinik Oftalmologi Am

-  Klinik Vitreo-Retina

- Klinik Diabetic Retinopathy

- Klinik Pediatrik Oftalmologi

- Casualty Clinic

- Prosedur Laser

- Ot Day Care / Pesakit dalam

- Klinik POST OP (Post Operation)

- Tele DR (Diabetic Retinopathy)

SELASA

- Klinik Pra-bedah

-  Klinik Vitreo-Retina

- Klinik Medikal Retina

- Casualty Clinic

 - Prosedur Laser

-   OT Day Care / Pesakit dalam

- Prosedur FFA (Laser)

- CME

- Tele DR (Diabetic Retinopathy)

RABU

- Klinik Oftalmologi Am

- Klinik Glukoma

- Klinik Pediatrik Oftalmologi

- Klinik Diabetic Retinopathy

- Casualty Clinic

- Prosedur Laser

-   OT Day Care / Pesakit dalam

- Kes Post Op (Post Operation)

- TSPC (transscleral cyclophotocoagulation)

-   Tele DR (Diabetic Retinopathy)

KHAMIS

- Post Op Day Care

- Casualty Clinic

- Prosedur Laser

- Grand Ward Round

- Ot Day Care / Pesakit dalam (Teaching)

- CME

 

KLINIK OPTOMETRI

HARI

PAGI

PETANG

AHAD

- Klinik Optometri AM

- Klinik AMBLYOPIA

- Klinik Prosedur Khas (Visual Field, Colour Vision 

   dan Hess Test)

- Klinik Binokular Vision

- Klinik Dispensing Cermin mata

ISNIN

- Klinik Optometri AM

- Klinik Orthoptic

- Klinik Prosedur Khas (Visual Field, Colour Vision 

   dan Hess Test)

- COE Optometri (Binocular Vision)

- Klinik Dispensing Cermin mata

SELASA

- Klinik Optometri AM (Pra-Bedah)

- Klinik Prosedur Khas (Visual Field, Colour Vision    

  dan Hess Test)

- School Health Team (SHT)

- Klinik Low Vision

- Klinik Dispensing Cermin mata

RABU

- Klinik Optometri AM

- Prosedur Khas (Visual Field, Colour Vision dan

   Hess Test)

- School Health Team (SHT)

- Klinik Kanta Sentuh

- Klinik Dispensing Cermin mata

KHAMIS

- COE Optometri

- Klinik Optometri AM

- Tele DR (Diabetic Retinopathy)

- Unit Dispensing Cermin mata

CME

 

AKTIVITI JABATAN / KEMPEN SEMASA
(KKKKM, WSD, HARI TERBUKA, GLAUCOMA, SCREENING, LINUS, SEMINAR, KURSUS CME, HMI )

1. Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKKKM)
Program Perkhidmatan Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKKKM) adalah sebuah konsep baharu untuk memberi perkhidmatan saringan dan rawatan menggunakan bas. Ia di wujudkan kerana katarak dikenalpasti sebagai antara faktor utama penyebab kebutaan dan masalah penglihatan di Malaysia. Di Peringkat Negeri Terengganu, saringan dijalankan untuk pesakit katarak di semua daerah mengikut jadual yang ditetapkan dengan kumpulan sasaran adalah penduduk berusia 40 tahun ke atas dan pesakit diabetik yang belum pernah menjalani pemeriksaan fundus.


Program saringan ini melibatkan kerjasama anggota yang terlatih disemua Klinik Kesihatan seluruh daerah dalam Negeri Terengganu.

 

2. Hari Penglihatan Sedunia
Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu (WSD) adalah acara tahunan yang di sambut setiap tahun. Pada tahun ini program sambutan telah di adakan di Mydin Gong badak dimana aktiviti saringan penglihatan telah dijalankan pada hari tersebut dengan tema Eye care everywhere.

 

Sebahagian pasukan warga kerja Jabatan Oftalmologi yang menjayakan program WSD.

 

3. Sambutan Hari Terbuka Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu


4. Sambutan Hari Glaucoma di HSNZ


Sambutan dijalankan di Klinik Oftalmologi HSNZ.

 

5. Karnival katarak di Daerah Besut.


Program Hospital Kluster Terengganu Utara untuk kem pembedahan katarak di Hospital Besut.

6. Program Optometri - Amblyopia Visual Impairment Screening (AVIS)


Program saringan penglihatan untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

 

7. Lain-lain program Jabatan oftalmologi:
- Seminar Neuropthal
- Kursus Paramedik
- Program Hospital Mesra Ibadat

 

Print