Jabatan Anestesiologi

PENGENALAN

Pada tahun 2011, Jabatan Anestesiologi terus mengorak langkah maju ke hadapan bagi meneruskan kesinambungan terhadap segala perancangan strategik tahun-tahun sebelumnya diteruskan demi merealisasikan wawasan yang telah digariskan. Sesungguhnya segala perancangan ke arah melaksanakan peningkatan dan perluasan perkhidmatan adalah bertepatan dengan harapan tinggi masyarakat terhadap perkhidmatan yang berkualiti, disamping memenuhi kehendak pelanggan dalaman serta harapan tinggi pihak pengurusan. Di sini pihak jabatan ingin merakamkan rasa kesyukuran dan berbangga ke atas pencapaian yang diperolehi, di mana segala perancangan terhadap peningkatan dan peluasan perkhidmatan yang dilaksanakan telah membuahkan hasil sepertimana yang direncanakan.

Peningkatan dan peluasan perkhidmatan yang dilaksanakan pada tahun 2011 adalah menyeluruh merangkumi aspek infrastruktur, pengurusan dan rawatan pesakit. Dari aspek infrastruktur Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi adalah ‘pioneer’ dan nekad dalam melaksanakan dokumentasi tanpa kertas (paperless documentation) bagi system HIS dan CCIS. Pengurusan klinikal telah dipertingkatkan dengan pengenalan jadual dewan bedah yang baru yang melibatkan pembedahan nuero dan hepatobiliari. Manakala dari segi perawatan pesakit beberapa teknik baru diperkenalkan seperti teknik TCI  dan ‘Ultrasound Guided Regional Anaesthesia’.

 

SKOP PERKHIDMATAN

       1.    PERKHIDMATAN PEMBIUSAN

                                                              i.      Memberi perkhidmatan pembedahan dan pembiusan yang diperlukan sama ada pembedahan elektif atau kecemasan.

                                                            ii.      Pembedahan elektif bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari kerja biasa.

                                                          iii.      Dua bilik bedah kecemasan beroperasi 24 jam dan bilik bedah kecemasan ketgia akan dibuka untuk kes-kes ‘dire emergency’.

                                                           iv.      Satu bilik bedah materniti beroperasi sehingga 10.00 malam untuk kes-kes kecemasan dan elektif materniti.

                                                             v.      Memberi perkhidmatan anesthesia di luar dewan bedah seperti di Jabatan Pengimejan & Diagnostik, Invasive Cardiac Lab dan Bilik Endoscopic.

 

     2.     PERKHIDMATAN RAWATAN RAPI

                                                              i.      Menyediakan kemudahan peralatan untuk pesakit kritikal yang memerlukan pemerhatian intensif serta alat-alat bantuan hayat.

                                                            ii.      Ia juga menyediakan perawatan bagi pesakit dalam kategori sub kritikal seperti berikut :-

·         Pesakit kritikal telah pulih dan tidak lagi memerlukan alat sokongan hayat tetapi masih memerlukan pemerhatian lanjut sebelum dihantar ke wad-wad merujuk.

·         Pesakit-pesakit sub kritikal yang dirujuk daripada wad-wad umum, wad kecemasan atau dewan bedah.

·         Beroperasi selama 24 jam sehari dan bersifat multidisiplin serta mengamalkan ‘Closed System ICU’

·         Ianya menempatkan Unit Rawatan Rapi untuk semua kes pembedahan dan perubatan kecuali kes-kes perubatan pediatrik.

 

      3.     PERKHIDMATAN ‘ACUTE PAIN SERVICE (A.P.S)’

 

             Menyediakan rawatan bagi mengawal kesakitan akut yang disebabkan oleh :

                                            i.            Luka pembedahan

                                          ii.            Trauma

                                        iii.            Penyakit-penyakit perubatan seperti ‘Acute pancreatitis’.

                                         iv.            Kes sakit kerana proses bersalin.

 

      4.      PERKHIDMATAN ‘CHRONIC PAIN SERVICE’

                                Menyediakan rawatan bagi mengawal kesakitan kronik yang disebabkan oleh :

                                             i.            Kanser

                                           ii.            Luka pembedahan yang kronik

                                          iii.            Trauma

 

     5.       PERKHIDMATAN KLINIK ANESTETIK

                                             i.            Mewujudkan satu system penilaian kesihatan bagi memastikan semua pesakit yang akan menjalani pembedahan berada pada kesihatan yang optima.

                                           ii.            Menyediakan satu tempat untuk penilaian ‘pre-anestetik’ kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan secara pesakit luar (Ambulatory anesthesia) dan ‘Day of surgery admission (DSA).

                                          iii.            Menyediakan perkhidmatan untuk merawata penyakit atau masalah berkaitan dengan pembiusan seperti post spinal headache dan sebagainya.

 

VISI/MISI/OBJEKTIF

 

Visi Jabatan

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Sulatanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akan memberi perkhidmatan berkualiti berasaskan teknologi terkini dan bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat dan progresif.

 

Misi Jabatan

Memberi perkhidmatan pembiusan dan rawatan kritikal kepada semua pesakit yang memerlukan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, inovatif serta menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, profesionalisma dalam lingkungan kerja yang harmoni dan berpengetahuan bagi memenuhi kehendak pelanggan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

 

Objektif Jabatan:

                     i.            Memberikan perkhidmatan anestetik, rawatan rapi dan perkhidmatan yang berkaitan dengan tahap kualiti dan penjagaan yang tinggi.

                   ii.            Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pesakit dan anggota perubatan berkaitan dengan anesthesia dan peranan anestetis dalam rawatan dan proses penyembuhan.

                  iii.            Untuk melaksanakan CME di kalangan staf termasuk doktor dan paramedic untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit.

                 iv.            Untuk meningkatkan kerja berpasukan dan hubungan baik antara anggota dalam jabatan.

                   v.            Melakasanakan aktiviti kepastian kualiti yang menjadi alat untuk meningkatkan tahap perkhidmatan.

Print