UNIT TABUNG DARAH

UNIT TRANSFUSI DARAH HSNZ

  1. PENGENALAN

Unit Transfusi Darah adalah unit sokongan klinikal di dalam perkhidmatan klinikal HSNZ. Unit ini dianggotai oleh 44 orang anggota yang diketuai oleh Pakar Perubatan Transfusi dan dibantu oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Penolong Pegawai Penerangan dan lain-lain anggota kumpulan sokongan. Unit Transfusi Darah memainkan peranan penting di dalam membekalkan darah dan komponen darah kepada pesakit yang memerlukan. Selain turut memberi perkhidmatan diagnostik klinikal dan perundingan dalam memberi rawatan yang tepat terhadap pesakit-pesakit.

 

  1. VISI

Unit Transfusi Darah sebagai pusat pembekalan darah dan perkhidmatan diagnostik yang cemerlang berteraskan persekitaran kerja mesra dan budaya menepati prinsip-prinsip kualiti.

 

  1. MISI

Memberi perkhidmatan diagnostic dan penghasilan produk yang efisien dan berkualiti melalui pengunaan teknologi yang bersesuaian dan sumber manusia yang cekap dan mahir kepada pelanggan-pelanggan di rantau ini dengan mengambil kira kebudayaan setempat dan keperluan dasar kualiti kesihatan kebangsaan.

 

  1. OBJEKTIVE

i. Membekalkan darah dan komponen darah yang selamat, berkualiti dan mencukupi.
ii. Memberikan Perkhidmatan Diagnostik yang memenuhi keperluan pelanggan.
iii. Memberikan Perkhidmatan Diagnostik yang mengikut prinsip Good Laboratory Practice dan memenuhi piawaian ISO 15189 dan / atau lain-lain piawaian yang berkaitan.
iv. Memenuhi indicator kualiti seperti National Indicator Approach, KPI, HPIA dan objektif kualiti.
v. Mengutamakan pembangunan sumber manusia yang berilmu, cekap dan mahir melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
vi. Menyediakan suasana pekerjaan yang harmoni, kondusif dan memenuhi kehendak akta-akta tertentu.

 

  1. SKOP PERKHIDMATAN

 Unit Transfusi darah terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian pendermaan darah dan makmal.

5.1.  BAHAGIAN PENDERMAAN DARAH
Fungsi bahagian ini ialah untuk mengumpul darah daripada penderma darah melalui:

i. Sesi derma darah bergerak (mobile)
Dianjurkan oleh jabatan-jabatan kerajaan,  organisasi bukan kerajaan, universiti atau kolej dan syarikat-syarikat swasta.

ii. Bilik Pendermaan Darah (Tingkat 1, Unit Pesakit Luar)
Kumpulan individu atau penderma datang ke unit untuk menderma darah semasa waktu pejabat atau dengan temujanji.

 

5.2  MAKMAL TRANSFUSI DARAH
 Fungsi bahagian ini adalah untuk memastikan darah dan komponen darah yang dibekalkan kepada pesakit adalah selamat, sesuai dan mencukupi.

 Makmal ini terbahagi kepada 3 makmal yang lebih kecil.

 

5.2.1 Makmal Transfusi Darah

- Seksyen Crossmatching
 Menjalankan ujian kumpulan darah lengkap dan ujian keserasian darah untuk memastikan darah yang serasi diberikan kepada pesakit. 

- Seksyen Pengenalan Antibodi

Menjalankan ujian serologi darah yang lebih kompleks.

Senarai ujian yang dijalankan:

  1. Antibody screening/identification
  2. Red cell phenotyping
  3. Anti-D titer
  4. Transfusion Reaction Investigation

5.2.2  Makmal Pemprosesan Komponen

Seksyen ini menyediakan dan menyimpan komponen darah untuk    kegunaan pesakit. Komponen darah yang boleh didapati adalah Whole Blood, Packed Red Cell, Fresh Frozen Plasma (FFP), Cryoprecipitate dan Platelets.

5.2.3  Makmal Transfusi Mikrobiologi

Fungsi utama makmal ini adalah untuk menjalankan dan mengendalikan ujian dan keputusan saringan darah penderma dari Transfusion Transmitted Infections (TTIs).

  1. MASA OPERASI

 

HARI

MASA

Tempat Pendermaan Darah

Ext : 3057/ 3049

Ahad – Rabu

8.00 pagi hingga 4.30 petang

Khamis

8.00 pagi hingga 3.00 petang

Sabtu

8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Cuti Umum dan Kelepasan Am

Tutup

Makmal Transfusi Darah

Ext : 2974

 

Beroperasi 24 jam

 

  1. LOKASI

     - BAHAGIAN PENDERMAAN DARAH - Terletak di tingkat 1, Unit Pesakit Luar.

     - MAKMAL TRANSFUSI DARAH - Terletak di tingkat bawah bangunan utama Hospital Sultanah Nur Zahirah.

 

  1. GALERI

       

     BAHAGIAN PENDERMAAN DARAH

 

           MAKMAL TRANSFUSI DARAH

AKTIVITI-AKTIVITI DI UNIT

 

  1. Sesi derma darah bergerak (mobile) 

 

 

 

Kursus “Patient Blood Management” (PBM) peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada 1-2 April 2017 di ACC, HSNZ

 

 

 

 

Sila Like FB Derma Darah Terengganu Kite untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pendermaan darah dan jadual bagi sesi derma darah bergerak (mobile) yang akan diadakan.

Print