BAHAGIAN PEMBANGUNAN

 

 

PENGENALAN

Bahagian Pembangunan merupakan salah satu bahagian daripada Jabatan Pengurusan. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pengarah (Pembangunan) M41/44, Penolong Pegawai Tadbir N32, Pembantu Tadbir Kanan N22 dan dua orang Pembantu Tadbir N17. Bahagian Pembangunan turut dibantu oleh  Unit Kejuruteraan yang terdiri daripada jurutera hospital dan penolong jurutera. Setiap permohonan kerja akan disemak oleh Bahagian Pembangunan dan Unit Kejuruteraan dimaan jurutera hospital akan membantu dalam memberikan ualasan teknikal berhubung kerja-kerja yang dijalankan.

SKOP PERKHIDMATAN

Bahagian ini berperanan dalam menguruskan kerja-kerja menaiktaraf, ubahsuai dan kerja-kerja pembaikan kecil dibawah objek mengurus (B42) dan objek pembangunan (P42). Bahagian ini juga bertanggungjawab membuat pemantauan bagi projek-projek pembangunan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia.

OBJEKTIF

Merancang dan menyelia pembangunan fizikal dan penyelenggaraan infrasruktur mengikut keutamaan bagi keselamatan dan keselesaan pelanggan.

Print