BAHAGIAN PENTADBIRAN

 

 

PENGENALAN

Bahagian Pentadbiran merupakan bahagian sokongan kepada jabatan pengurusan. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pengarah M41/44(Pentadbiran). Antara unit-unit yang berada dibawah seliaan bahagian ini adalah seperti berikut:

    1.  Unit Pentadbiran

  • Berfungsi bagi menguruskan hal-hal pentadbiran am seperti urusan surat-menyurat, sistem fail dan juga kenderaan jabatan.

    2.   Unit Perhubungan Awam

  • Berfungsi sebagai khidmat pelanggan dan dianggotai oleh telefonis dan petugas kaunter.

    3.   Unit Keselamatan

          Terbahagi kepada 2 komponen:

  • Keselamatan Fizikal (Merangkumi kawasan dalam hospital, kakitangan dan harta pejabat serta mengawal selia tempat letak kenderaan)
  • Keselamatan Dokumen (Pemantauan dalam pelaksanaan tatacara pengurusan dokumen supaya menepati arahan keselamatan)

    

    4.   Unit Perpustakaan

  • Berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan bahan-bahan bacaan untuk kakitangan hospital.

    

    5.   Unit Hal Ehwal Agama

  • Berfungsi sebagai penyelaras berkaitan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan penyediaan bantuan kepada pesakit yang memerlukan bimbingan dan nasihat berkaitan dengan solat serta bimbingan motivasi.

OBJEKTIF (Bahagian Pentadbiran)

Memberikan perkhidmatan pentadbiran yang memenuhi kehendak pelanggan melalui pengurusan berkualiti.

Print