BAHAGIAN PEROLEHAN DAN ASET

 

 

PENGENALAN

Bahagian Perolehan dan Aset merupakan salah satu daripada bahagian dalam Jabatan Pengurusan HSNZ. Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan perolehan bekalan bukan perubatan, asset bukan perubatan serta perolehan perkhidmatan. Bahagian ini juga bertanggungjawab menjalankan pengurusan asset alih di HSNZ mengikut Pekililing Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, serta pengurusan stor mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 – Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan.

Unit Pengurusan Aset dan Stor terdiri daripada empat (4) orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 serta seorang Pekerja Rendah Awam (PRA) R1. Dua daripada Pembantu Tadbir ini merupakan Pembantu Tadbir Aset, seorang Tadbir Pelupusan manakal seorang lagi Pembantu Tadbir yang menguruskan Stor Alat Tulis dengan dibantu oleh PRA.

Unit Pengurusan Perolehan pula terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) KUP22 serta dua orang Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi) N17. Selain daripada itu, bahagian ini juga mempunyai seorang Pembantu Am Pejabat (PAP) N1 yang membantu menguruskan pelbagai tugasan rencam yang berkaitan dengan Bahagian Perolehan dan Aset.

 

VISI/MISI/OBJEKTIF

Visi dan Misi

Perolehan ini dilaksanakan dengan cekap dan tepat mengikut prosedur yang ditetapkan dan Pengurusan Aset yang menepati peraturan yang berkuatkuasa serta mengambil kira kehendak pelanggan.

Objektif

                     i.            Memastikan proses perolahan dilaksanakan dengan telus dan mematuhi semua peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

                   ii.            Memastikan pengurusan aset alih Hospital dijalankan dengan teratur mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

Print