PENGURANGAN KADAR BERKANUN CARUMAN SYER PEKERJA MULAI GAJI MAC 2016 (2)
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan pengurangan kadar caruman syer pekerja daripada 11% kepada 8% untuk pekerja di bawah 60 tahun dan daripada 5.5% kepada 4% untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas bermula gaji bulan Mac 2016.
Bagi mana-mana pegawai HSNZ yang ingin membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11%, sila lengkapkan borang Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (KWSP 17A Khas 2016) seperti di lampiran dan dikemukakan kepada Unit Gaji selewat-lewatnya pada 23 Februari 2016.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila berhubung dengan YM Tengku Izhan Azwar bin Tengku Ibrahim (Ext. 2010)