FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Sabtu, 27 April 2024
 

 
CARA MEMOHON

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut :

i. Hadir terus ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen dan butiran lengkap.

     (Borang permohonan boleh dimuat turun disini atau diperolehi di Jabatan Rekod Perubatan)

ii. Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.

 

DOKUMEN/BUTIRAN LENGKAP YANG DIPERLUKAN


 

i. Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan

ii. Salinan kad pengenalan pesakit

iii. Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)

iv.  Salinan kad temujanji klinik/nota discaj

v. Surat keizinan pesakit

•  jika pesakit berumur 18 tahun ke atas, perlu surat keizinan dari pesakit sendiri

•  jika pesakit berumur < 18 tahun, perlu surat keizinan dari ibu/bapa

•  jika pesakit meninggal dunia, perlu surat keizinan dari waris terdekat

vi. Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah

vii. Borang Tuntutan Insuran/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)

 

TEMPOH SIAP LAPORAN PERUBATAN


 

Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh terima permohonan lengkap.

 

KADAR BAYARAN (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)


 

Jenis LaporanWargaWarga Asing
  Laporan biasa/ insuran/PERKESO/KWSP RM 40 RM 120
  Laporan ringkas disediakan oleh pakar RM 80 RM 240
  Laporan lengkap disediakan oleh pakar RM 200 - RM 1000
bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat
RM 400 - RM 2000
bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat

 

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/ kiriman wang/wang pos yang perlu dibuat atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

4.png0.png4.png4.png0.png4.png7.png
Hari Ini :1089
Bulan Ini :50799